KAMI KEKANGAN KEWANGAN UNTUK MENYEDIAKAN MAKANAN DAN MINUMAN UNTUK PELAJAR TAHFIZ YATIM & ASNAF SERTA KOS BARANGAN YANG SEMAKIN MENINGKAT
kalau dilihat anak-anak atau adik-adik kecil kita sepatutnya mereka masih lagi perlu mendapatkan keperluan asasi dan pendidikan yang sepatutnya untuk menjamin masa hadapan mereka. Sayangnya, bukan semua anak-anak mendapat peluang yang sama. Bagaimana pula dengan mereka yang tidak lagi mempunyai ibubapa? Ataupun bagi yang datang daripada keluarga asnaf?
Firman Allah S.W.T
“Dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahala-Nya.”
Surah al-Muzzammil, ayat 20
Pada masa ini, Madrasah Tahfiz Darul Ilmi As Syareef Centre yang terletak di Jalan Kebun,Klang menampung seramai 30 orang pelajar, diiringi oleh 3 orang tenaga pengajar. Di sini, pelajar dilatih untuk mengafaz Al-Quran dan melengkapkan syahadah mereka dengan modul khas yang diajarkan. Alhamdulillah, beratus pelajar sebelum ini telah berjaya menghafaz 30 juzuk Al-Quran. Bahkan, ada yang berjaya menghafaz hanya dalam masa 7 bulan sahaja! Ada juga yang berjaya melanjutkan pelajaran di dalam bidang Akademi mashaAllah.
Anak-anak pintar ini bagaikan permata yang perlu digilap untuk mereka menyinari ummah. Tetapi dengan kos kehidupan yang semakin meningkat, sukar buat kami untuk terus menampung mereka. Ditambah pula dengan kos operasi yang mencecah RM35,000 sebulan. Dalam 30 orang pelajar, hanya 30% di antara mereka yang mampu untuk membayar yuran. Selebihnya, terdiri daripada anak-anak yatim dan asnaf yang tidak berkemampuan.
Walaupun tidak mampu membayar yuran, kami tetap berusaha untuk mencari solusinya. Tidak sanggup kami melihat senyuman anak-anak ini pudar kerana terpaksa dihentikan pembelajarannya. Dalam tubuh mereka yang kecil ini, mereka mempunyai cita-cita yang besar. Nak membantu masyarakat, nak membanggakan ibubapa mereka walaupun ada yang sudah meninggal dunia.
Oleh itu, kami memohon ehsan serta sumbangan Tuan/Puan untuk membantu meringankan serba sedikit beban kos operasi Madrasah Tahfiz Darul Ilmi As Syareef Centre agar kami dapat terus membantu anak-anak ini keluar dari kesempitan hidup mereka dan menggapai masa hadapan yang lebih cerah.
BERSAMA, MARI KITA BINA LADANG PAHALA DI AKHIRAT KELAK.
Bagi kami di pihak madrasah, kami sedaya upaya menyediakan modul terbaik buat mereka menghafaz. Kami juga melihat usaha dan pemcapaian luar biasa dari anak-anak ini untuk keluar dari kesempitan hidup mereka.
Marilah tuan puan, mengumpul saham akhirat bersama-sama kami dalam usaha melahirkan generasi celik Al-Quran dan pendidik generasi akan datang.
SASARAN DAN JUMLAH KOS YANG DIPERLUKAN?
Kos keseluruhan operasi sebulan ialah RM35,000 termasuk makan dan minum pelajar, gaji tenaga pengajar, utiliti dan lain-lain.
BERSAMA LAHIRKAN PELAJAR TAHFIZ AL QURAAN YANG BERJAYA
PAKEJ A - RM300
PAKEJ B – RM100
PAKEJ C – RM50
SEIKHLAS HATI – RM20
Diharapkan dengan sumbangan Tuan/Puan di bulan Ramadhan ini, lebih ramai lagi hafiz Al-Quran yang holistik agar mereka dapat menggapai kejayaan di dunia dan juga di akhirat kelak, inshaAllah. Semoga Allah SWT memberkati rezeki dan merahmati kehidupan Tuan/Puan.
DARUL ILMI AS SYAREEF CENTRE
CIMB
8604094364