"SATU SUMBANGAN INFAQ BERAS,SERIBU KEBAIKAN: BANTU PELAJAR HAFIZ AL QURAN DARUL ILMI HARI INI"  




BEKALAN BERAS MADRASAH DARUL ILMI AS SYAREEF YANG BERKURANGAN



Pihak Kami Madrasah Tahfiz Darul Ilmi As Syareef (Jalan Kebun,Klang) sedang dalam keadaan terdesak memerlukan bantuan anda semua. Setiap hari, beras adalah makanan utama untuk pelajar-pelajar kami. Malangnya, bekalan beras semakin berkurangan dan kami risau ia tidak mencukupi untuk menampung keperluan mereka.

Dengan kenaikan harga barang keperluan, ramai pelajar kami yang datang dari keluarga kurang berkemampuan bergantung kepada makanan yang disediakan oleh pihak sekolah. Kami tidak mahu mereka kelaparan atau terganggu dalam pembelajaran akibat kekurangan makanan.

Oleh itu, kami dengan rendah hati menyeru para dermawan untuk menghulurkan sumbangan dalam bentuk infaq beras. Setiap butir beras yang anda infaqkan akan membantu memberikan senyuman dan ketenangan kepada pelajar-pelajar kami.

Bagaimana Anda Boleh Membantu:

  • Sumbangkan beras secara langsung ke sekolah.
  • Hulurkan infaq sumbangan kewangan untuk kami membeli beras.


Setiap infaq yang anda berikan, walaupun kecil, amat bermakna buat kami. Bersama-sama kita pastikan tiada pelajar yang tidur dengan perut kosong.

Sumbangan anda bukan sahaja membantu mengisi perut yang lapar, malah mendidik jiwa mereka dengan rasa kasih sayang dan tanggungjawab.

Semoga Allah SWT membalas setiap kebaikan anda dengan keberkatan yang berlipat ganda.


Pelajar Madrasah Darul Ilmi As Syareef Belajar & Makan Di Tempat Yang Sama

Pada masa ini,kami menampung seramai 40 orang pelajar, diiringi oleh 3 orang tenaga pengajar. Di sini, pelajar dilatih untuk mengafaz Al-Quran dan melengkapkan syahadah mereka dengan modul khas yang diajarkan.


Hubungi kami di:

011-3901 8780 Ustaz Ulul Absor (Pengetua)

Lokasi Alamat Kami:

Madrasah Tahfiz Darul Ilmi As Syareef Centre ,

No 3 Kampung Batu Tujuh,

40600,Klang,Selangor D.E,



Terima kasih atas keprihatinan anda.

Untuk memudahkan urusan anda menyumbang kami telah sediakan platform yang mudah dengan senarai pakej yang boleh dipilih mengikut kemampuan anda :

INFAQ 10 KG BERAS – RM40

INFAQ 5 KG BERAS – RM20

Asbab tajaan Tuan/Puan ini dengan amalan yang amat digalakkan oleh Rasulullah ﷺ ini.Moga pahalanya akan terus mengalir kepada kita sehingga ke hari akhirat kelak.


DARUL ILMI AS SYAREEF CENTRE

CIMB

8604094364

Madrasah Tahfiz Darul Ilmi As Syareef Centre | No 3 Kampung Batu Tujuh,40600,Klang,Selangor D.E | 011-3901 8780 Ustaz Ulul Absor (Pengetua)

Maklumat tambahan:

1. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway.


2. Sekiranya berlaku lebihan kutipan,kami akan salurkan kepada  kos operasi pengurusan serta pembangunan pada masa hadapan.


3. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi: +6011-39018780 (Ustaz Ulul Pengerusi Madrasah)


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Infaq x 1 pax 10 kg Beras (RM40)
Infaq x 1 pax 5 kg Beras (RM20)
INFAK SADAQAH (RM10)
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG